|
Sisa radioaktif perlu diuruskan dengan betul dan selamat untuk mengelakkan sebarang bahaya dari sinaran kepada manusia dan alam sekitar. Oleh itu, Pusat Pengurusan Sisa Radioaktif telah ditubuhkan dengan berkuatkuasanya Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk melindungi pekerja dan orang ramai serta alam sekitar daripada bahaya sinaran mengion melalui pengurusan sisa radioaktif yang berkesan dan bersepadu. Bagi mencapai dan mengekalkan objektif ini, setiap kakitangan diberi latihan khusus supaya mereka mempunyai pengetahuan dan mampu menangani sebarang masalah berkaitan sisa radioaktif.
Perkhidmatan pengurusan sisa radioaktif yang ditawarkan di pusat ini adalah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984. pusat ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk perkhidmatan pengurusan sisa radioaktif dan perundingan yang berkaitan dengan pengurusan sisa radioaktif.
Antara kemudahan yang terdapat di Pusat Pengurusan Sisa Radioaktif ini ialah: - Stor penyimpanan sisa radioaktif
-
Loji rawatan sisa cecair paras rendah
-
Membuka (dismantle) dan mengkondisi sisa punca terkedap
-
Lori pengangkut sisa/bahan radioaktif
-
Kemudahan penyimpanan sementara bahan radioaktif
-
Kawasan pemprosesan sisa pepejal yang dilengkapi dengan kabinet pengasingan
-
Dobi untuk perkhidmatan cucian dan dekontaminasi pakaian tercemar
-
Makmal pembilangan dan analisis untuk sample efluen
-
Pemampat sisa pepejal untuk mengurangkan saiz sisa
|