|
Nuklear Malaysia akan membantu para pelanggan untuk memastikan kualiti sesuatu produk adalah tinggi dan bermutu. Sistem kualiti yang diamalkan di Nuklear Malaysia sentiasa menjamin produk pelanggan memenuhi kriteria antarabangsa seperti yang dikehendaki. Nuklear Malaysia telah diiktiraf dengan ISO 9001:2000 yang diperakui SIRIM dan mengamalkan Good Manufacturing Practices (GMP) membolehkan produk pelanggan diterima di seluruh dunia. Setiap produk yang menjalani proses pensterilan sinaran gamma boleh terus dieksport. Ini menjimatkan tenaga, kos dan masa. Nuklear Malaysia turut menyediakan khidmat nasihat tentang pembungkusan produk perubatan, dos sinaran yang bersesuaian dan apa-apa ujian yang difikirkan sesuai bagi memenuhi standard antarabangsa amnya. |